KISAH SEORANG JOE OF THE RIMAW
CHAPTER I - MUSNAHNYA SEBUAH
" Joe , amacam? Kau ok x?
Ujar Marvin sambil mengemas ruang tamu rumah bujang nya.
"Terima kasih Marvin, kau dah banyak tolong aku . Cuma aku perlukan bantuan kau untuk aku mencari BABY JOHN."
Sebelum sempat marvin menjawab pertanyaan Joe itu datang sebuah kereta mewah jenis TOYOTA VELLFIRE menuju terus kehadapan rumah Marvin."
"Siapa tu diorang tu Marvin?Joe bertanya.
"Manalah aku tahu , xpernah pulak sebelum ni aku tengok kereta ni masuk kat sini".
Marvin menjawab sambil mengintai dari cermin tingkap dalam rumah nya.
"Ada apa bang , abang salah jalan ke ? Tanya marvin sambil tangannya mencari sesuatu untuk dijadikan senjata.
"Aku datang nak cari joe , JOE OF THE RIMAW! Jawab pemuda yang berkereta mewah tadi dengan suara yang penuh lantang.
"Ya , aku joe. Ada apa?" Jawab jo sambil memberikan isyarat mata kepada Marvin supaya bersedia.
"Joe joe joe. Sabar joe. Nama aku Idris, aku datang membawa pesanan . "
"Hoi , abang posmen yang hensem , pesan ape yang atok kau kirim hah?? "
Marvin mencelah sambil menghalakan penyapu yang dipegangnya kearah idris.
"Krkk krkk krkk ".
" Ini pesanan untuk kau!"
Jawab idris sambil menembak TASER kearah joe dan marvin.
Tembakan idris itu sudah cukup untuk membuatkan mereka berdua pengsan.
"Masukkan mereka kedalam kereta , dan bawa mereka berjumpa bos!"
Tegas idris kepada dua orang konconya
Malam yang suram semakin larut ,jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi . Azhar merenung tajam ke screen telefon bimbitnya dan terus menghubungi Ayah G
" Hallo Ayah G , aku ni Azhar Kapak, Ayah G jangan bimbang , aku tau macam mana nak uruskan semua benda ni".
Panggilan singkat yang dibuat oleh Azhar kepada Ayah G atau lebih dikenali sebagai ayah gondrong iaitu pengasas geng 302 yang amat digeruni di los santos .
"Bos , mereka ni macam mana bos?" Tanya idris sambil mengheret joe dan marvin kedalam pejabat Azhar.
" Bawa mereka kedalam bilik stor hujung sana dan tunggu mereka sedar". Balas Azhar.
"Kringg kringgg"
Pagi Azhar dikejut kan dengan deringan telefon bimbitnya .
" Hallo Azhar , ini Ayah G . Ayah sekarang dalam perjalanan ke markas kau ni".
"Baik Ayah G , lagipun joe dah ada kat sini ". Jawab Azhar.
Azhar memberi arahan kepada idris untuk melepaskan ikatan pada tangan joe dan marvin serta membawa mereka ke ruang legar hadapan markas Azhar.
"Bangun! Bangun! Bangun! " Idris cuba untuk mengejutkan joe dan marvin dengan cara yang agak kasar.
Woi bodoh! Kau nak aku kerat ke kaki kau tu! Kau kenal ke tak sape tu bodoh! Itu adalah "JOE OF THE RIMAW!!".
Orang nak jadi gengster kau pon nak jadi gengster .Dasar bocah!! .
Azhar terus naik marah setelah terlihat perbuatan serta cara idris mengejutkan Joe dan Marwin. Merah padam muka Azhar menahan marah kerana perbuatan bodoh anak buah nya tadi .
Terdengar teriakan idris yang begitu lantang tadi membuatkan joe dan marwin sedar daripada pengsan. Tergamam joe setelah mata nya dibuka terpandang tepat ke arah muka Azhar.
"Joe , maafkan aku . Aku terpaksa membawa kau kesini dengan cara macam ni ".
Azhar memegang bahu jo dengan matanya mula menitiskan air mata yang Azhar tidak mampu menahan sebak setelah melihat joe dalam keadaan comot dan tidak terurus.
"Joe? Woi Azhar ? Itu joe ke? Joe !! Joe !! Joe !!".
Pekikan Ayah G sambil berlari ke arah joe dengan tangan nya menyapu air mata bercucuran yang tidak mampu dikawal setelah melihat Joe . Betapa sedih nya Ayah G setelah melihat seorang JOE OF THE RIMAW yang amat disanjungi dalam keadaan yang amat hina sekali.
"Maafkan aku joe , maafkan aku !. Setelah aku mendapat berita itu, Aku terus mengarahkan semua anggota yang aku ada pergi menyelamatkan kau . Tapi yang ada hanyalah jasad budak-budak tailong yang bergelimpangan di seluruh markas kau jo, Maafkan aku kerana tidak sampai tepat pada waktu!."
Teriakan Ayah G dengan penuh kekesalan yang teramat bersalah sambil memeluk joe .
" Takpe, aku tak pernah menyalahkan korang . Aku tidak sangka yang SATHI sanggup menyerang kami pada majlis pertunangan SO JA KEE CHAN . Dan aku juga yang melarang apa-apa senjata tidak boleh dibawa masuk ke markas sewaktu majlis itu berlangsung, dan memang itu lah peluang yang baik untuk Sathi menyerang" Tegas joe kepada Azhar dan Ayah G.
"Sekarang ni aku dah sediakan pakaian serta kelengkapan untuk korang berdua pergilah bersihkan diri dulu." Kata Azhar sambil mengarahkan idris untuk membawa mereka ke bilik mandi.
***
CHAPTER II - KERANA EGO AKU MENYESAL
Usaha Azhar untuk menggabungkan KAPAK dengan 302 adalah satu risiko yang amat besar kerana telah berlakunya satu perang dingin antara mereka tidak lama dahulu. Peperangan yang melibatkan kuasa dan pengaruh menjadi perpecahan antara mereka. Azhar memikirkan mana satu yang perlu dipertaruhkan adakah "EGO" ataupun menolong joe dengan membuat gabungan dengan 302.
Bagi Ayah G pula , beliau sudah melupakan kisah perpecahan mereka dan selalu cuba berbuat baik dengan Azhar KAPAK. Ayah G seorang yang amat bertimbang rasa dan santai manakala Azhar pula seorang yang egois.
" Apakah yang perlu aku lakukan" .
Kata-kata yang bermain di fikiran Azhar sambil termenung di dalam pejabat markasnya.
Ayah G meminta daripada Azhar untuk membawa joe ke markas nya supaya joe mendapatkan perlindungan yang terbaik.
" Tak perlu! , Marvin boleh jaga aku."
Joe menyampuk sambil mengambil rokok Azhar yang berada di atas meja pejabatnya.
"Ayah G boleh balik ke markas , dan Azhar kau mintak budak kau hantarkan aku ke rumah Marvin!." kata joe.
Perang dingin antara KAPAK dengan 302 tamat suatu ketika dahulu apabila joe mengambil keputusan untuk turun padang dan memanggil Azhar dan Ayah G supaya table talk. Oleh kerana 'JOE OF THE RIMAW' yang sangat dihormati di los santos itu menyebabkan mereka akur . Joe telah membahagikan kawasan-kawasan taklukan KAPAK dengan 302 dan masing- masing menjaganya dengan penuh harmoni tanpa ada sikit pun perasaan hasad antara kongsi di los santos.
" Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, ada masalah kita panggil semua kepala kita bincang . Apa ada hal."
Itu lah kata-kata joe yang membuatkan mereka berdamai dan menguruskan daerah taklukan masing-masing tanpa ada sengketa antara geng.
Pada petang keesokan harinya , Azhar mengambil keputusan untuk pergi ke markas 302 seorang diri tanpa memaklumkan Ayah G .
"Bos , KAPAK datang bos ".
Konco 302 memberitahu Ayah G setelah terlihat kenderaan dinaiki Azhar masuk ke perkarangan markas 302 melalui CCTV.
"Pergi jemput Azhar dan bawa masuk ke pejabat Ayah." Tegas Ayah G.
" Hei ,hei ,hei . Azhar KAPAK. apa khabar , kenapa tidak call dulu sebelum nak datang , Ayah boleh aturkan satu majlis kecil untuk Azhar."
Kata Ayah G sambil menyambut Azhar dengan mesra sekali.
"Takpe Ayah , lagipun aku datang untuk berbincang." Jawab Azhar.
Jawapan Azhar itu cukup membimbangkan Ayah G kerana pada fikiran Ayah G , Mungkin Azhar belum dapat melupakan kisah silam mereka. Ayah G mengambil keputusan mengarahkan semua anak buahnya mengosongkan pejabatnya dan biarkan mereka berbincang.
"Ada apa Azhar yang kau nak bincangkan dengan Ayah?." Tanya Ayah G dengan penuh musykil.
"Akk aku ... Akk aku .. , Aku minta maaf Ayah G , Aku tahu aku EGO, tapi tolonglah maafkan aku!."
Azhar memberitahu Ayah G sambil titisan air mata nya mengalir membuatkan Ayah G tergamam seketika.
"Sudah lah Azhar , Ayah dah lama lupakan . Tak perlu Ayah memaafkan kerana KAPAK tidak bersalah , yang bersalahnya adalah KITA , kita yang tamak."
Ayah G menegaskan kepada Azhar dengan penuh rendah diri .
"Aku datang untuk meminta pertolongan 302. Aku mahu kita bergabung untuk JOE . Aku nak hapuskan semua musuh joe yang memusnahkan empayar JOE !." Tegas Azhar kepada Ayah G.
"Azhar , ayah sudah pun memasang niat ini setelah ayah mendapat tahu empayar joe diserang, baguslah Azhar , Ayah setuju. Joe rimaw juga telah mendamaikan kita, dia banyak berbudi kepada kita. " Jawab Ayah G kepada Azhar.
Perbincangan tertutup mereka selesai dengan Azhar dan Ayah G bejabat tangan untuk bergabung. Tetapi mereka sedar jika Joe tahu mereka berpakat untuk menolong joe , pasti joe akan membantah kerana Joe seseorang yang tidak mahu melibatkan orang lain di dalam masalahnya sejak dahulu lagi. Ayah G dan Azhar cuba untuk merahsiakan operasi mereka dan melancar rancangan serangan mereka tanpa pengetahuan Joe.
"Kita hapuskan kepala, nanti ekor juga turut mati!".
Kata Azhar kepada Ayah G cukup untuk membuatkan ayah G faham dengan rancangan yang bakal mereka lakukan.
Rancangan pertama mereka ialah ingin menyerang SATHI THE DON mafia berpengaruh itu dahulu kerana YAKUZA amat bergantung kepada mafia tersebut. YAKUZA dapat melebarkan kuasa taklukan mereka juga dengan pertolongan SATHI THE DON. Segala bekalan senjata api dan dadah juga dibekalkan oleh SATHI untuk YAKUZA. Jadi amat besar peluang menghapuskan YAKUZA jika 'KAPAK IS 302' menyerang mafia itu dahulu.
"Maafkan saya abang joe , saya terpaksa memperlakukan abang joe begitu sebab bos suruh". Kata idris yang begitu naif sekali kepada joe setelah menghantar mereka kerumah marvin.
" Ehh kau ni , aku jentik jugak hidung kau ni!". Celahan Marvin kepada idris sambil tersenyum.
"Takpe idris , abang tahu idris hanya menurut perintah, sebab tu abang joe biarkan kau buat begitu . Dah jangan jadi budak lembik. Setia lah kepada Azhar , dia seorang bos yang baik".
Tegas joe kepada idris sambil memegang bahu idris yang seakan akan macam budak kecil.
"Joe , kau lihat tak tadi ? " Tanya marvin kepada joe dengan penuh musykil.
"Ya ,aku perasan . Baguslah mereka dah berdamai. Dulu bukan main kan ,jumpa je gaduh ." Jawab joe kepada marvin sambil tersenyum bangga dengan Azhar dan juga Ayah G.
Joe termenung ruangan tamu rumah marvin dengan pelbagai persoalan di kepalanya . Joe amat kesal dengan tindakan SATHI kerana sanggup berpakat untuk menjatuhkan beliau. Sedangkan dahulu SATHI menjadi seorang yang amat berpengaruh itu juga dengan pertolongan dan pengaruh joe.
" Amboi , jauh bebenor mengelamun!".
"Jangan risau joe , aku ada , dan semua orang kenal kau joe. Jangan risau. Aku rasa KAPAK dan 302 pasti akan tolong kau joe!." Kata marvin kepada joe.
" Aku tak akan biarkan mereka campur dalam urusan aku , dah ramai budak-budak aku terkorban demi aku, aku taknak lagi ada yang terkorban demi aku!".
Balas joe kepada marvin dengan begitu marah sekali.
Fikiran joe terganggu lagi dengan keadaan BABY JOHN , sejak serangan itu berlaku baby john hilang tanpa tiada seorang pon yang tahu.
" Marvin, kau tahu baby john kat mana?."
" Haa baby john , john of the rambo! , Aku tahu dia kat mana."
***
CHAPTER III - THE GREAT JOHN RAMBO
John Rambo atau lebih dikenali sebagai 'BABY JOHN' cukup terkenal di los santos . Beliau seorang fighter yang tidak pernah dikalahkan . Baby john juga mempunyai sebuah kelab pertarungan bebas di los santos , disitulah baby john merekrut fighter-fighter di los santos. Baby john adalah anak tunggal kepada arwah TAI THE BOS iaitu kawan baik kepada arwah LONG GAIJIN iaitu bapa kepada joe. Mereka lah yang membina 'TAILONG' dengan gabungan nama mereka . Empayar TAILONG diperbesarkan oleh joe setelah kematian kedua pengasas itu disebabkan penyakit kencing manis dan gout. Setelah kematian ayah baby john , beliau lebih suka menyendiri dan tidak berminat kepada empayar yang arwah beliau tinggalkan untuknya dan joe. Baby john amat menghormati joe kerana semenjak ayah nya meninggal , joe lah yang banyak membantu baby john dan memberikan semua yang baby john ingin kan. Itu sudah menjadi tanggungjawab joe kerana wasiat ayah joe ialah menyuruh agar joe menganggap baby john itu sebagai adik kandungnya.
Setiap pergaduhan yang berlaku melibatkan tailong , beliau hanya turun seorang sahaja untuk menyelesaikan tanpa perlu membiarkan joe untuk turun padang.Disitulah bermulanya kekuatan empayar tailong dimana baby john selaku tulang belakang untuk joe menghadapi musuh-musuh beliau.
" Haa?? Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal yang kau tahu baby john kat mana!." Tegas joe kepada marvin yang tahu di mana keberadaan baby john.
"Maaf joe , aku taknak kau serabut nanti. Baby john sekarang ada dengan Awie , awie menyelamatkan baby john masa dia ditembak !". Tegas marvin.
" Haa kena tembak???" . Joe terkejut.
"Ya , masa tu dia berlari ke arah kau untuk melindungi kau daripada ditembak !." Jawab marvin.
Baby john sanggup menggadaikan nyawa nya bila dia dapat tahu markas joe diserang , dan terus ke markas untuk mencari joe supaya dia dapat melindungi joe. Malang nya, sewaktu baby john masuk , dia terus ditembak tepat di kepalanya dan terus terjatuh. Awie iaitu salah satu anggota tailong dan juga kawan baik kepada baby john terus memegang baby john dan membawa keluar daripada markas. Semenjak itu awie dan baby john tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun kecuali marvin.
Awie memberitahu marvin kerana awie memerlukan bantuan medic untuk kecederaan serius baby john dan meminta marvin untuk merahsia kan tempat persembunyian mereka.
"Nanti besok aku bawak kau pergi tempat mereka." Marvin memberitahu joe dengan niat untuk joe bertenang.
Pada keesokan harinya,mereka bergegas ketempat persembunyian awie yang bertempat di daerah PALETO BAY.
" Bos , maafkan saya bos .. saya bukan taknak bagitahu bos , tapi bos tahu kan keadaan macam mana."
Awie terus menjelaskan kepada joe setelah melihat marvin membawa joe masuk ke tempat persembunyiannya.
" Takpe wie , takpe .. baby john macam mana?? " Tanya joe sambil melihat baby john terbaring di katil rumah persembunyian awie dengan kepalanya penuh dengan alat-alat rawatan.
" Doktor kata baby john luka teruk di kepala , dan mungkin baby john akan hilang ingatan." Kata awie kepada joe dengan penuh kesedihan.
Terduduk joe seketika sambil air mata nya mengalir . Joe terus memeluk baby john .
" John , kenapa kau sanggup buat macam ni". Tangisan joe yang teramat bersalah kepada baby john.
" Awie , kau jaga john baik-baik, jangan risau .. aku akan datang ambil korang setelah semuanya selesai, kalau kau perlukan apa-apa , bagitahu marvin."
"Jangan risau!".
Tegas joe kepada awie.
***
CHAPTER IV - SYAH YANG SANGAT LICIK
" Butoh laa wei , butoh butoh .. ".
"Tuan , ada budak sedang membutohkan kita tuan , kurang hajar punya budak!!."
Kata KOPERAL DEANZ kepada INSPEKTOR SANI yang sedang memandu untuk membawa inspektor SANI ke satu tempat perjumpaan yang tidak diberitahu oleh inspektor sani.
"Hahahaha. Itu syah lah. Kau jangan koyak pulak KOPERAL DEANZ, syah tu sengaja sebab dia dah tahu aku kat dalam ni . Kau rilek saja . Kau ikut je kereta dia."
Balas inspektor sani sambil ketawa kecil melihat karenah syah yang tak pernah berubah sejak dari mereka zaman sekolah lagi.
SYAH TAN SRI SULAIMAN. Iaitu anak kepada SULAIMAN CORPORATION salah sebuah syarikat yang menyediakan kemudahan digitalsecurity paling canggih di LOS SANTOS. Syah menghabiskan masa nya untuk merentas laman-laman web kerajaan dan institusi kewangan di los santos dengan niatnya untuk menjual sistem security syarikat bapanya kepada mangsa-mangsa rentasan beliau. Begitulah cara syah untuk memperkenalkan kecanggihan sistem security yang dimiliki oleh bapanya.
"Kita nak buat apa kat sini TUAN!."
tanya koperal DEANZ kepada inspektor sani yang pelik melihat tempat perjumpaan mereka.
" Ahh , kau diam je lah." Jawab inspektor sani sambil tersengeh melihat telatah syah.
" hei hei hei , wadap wadap mai men Tuan inspektor sani yang sangat kacak!."
Syah menyapa sambil tersenyum melihat teman baiknya yang telah lama tidak berjumpa.
"Syah , kau dah dapat kan whatsapp aku semalam?." Tanya inspektor sani.
"Kemon laa. This is BRAZILL! , TAKKAN SYAH TAK BACA KOT whatsapp dari sahabat lama!."
Jawab syah sambil memeluk inspektor sani dengan amat mesra sekali.
Pesanan inspektor sani melalui whatsapp kepada syah itu adalah untuk berbincang tentang persetujuan syah menyertai KAPAK DAN 302 dalam misi melancarkan serangan terhadap SATHI THE DON. Inspektor sani mendapat panggilan daripada AYAH GONDRONG setelah penggabungan damai dengan AZHAR KAPAK untuk membantu beliau dalam misi yang amat rumit ini.
"Syah , kau tahu kan apa yang perlu kau buat." Tegas inspektor sani.
"Iya , sekarang aku akan hack semua akaun atau semua benda yang membolehkan kita mengesan lokasi SATHI THE DON!."
Balas syah dengan begitu yakin sekali.
" Ok syah , aku tahu kemampuan kau."
"Koperal DEANZ BIN SAMAD ! KERAHKAN SEMUA ANGGOTA KITA UNTUK MENYERBU MAKMAL DADAH MILIK YAKUZA!." Tegas inspektor sani dengan begitu marah sekali.
Bermula pada malam tersebut ,Inspektor sani memulakan tugas beliau dengan menghapuskan semua makmal dadah dan senjata milik yakuza. Semua anggota yakuza di makmal itu diberkas dan dibawa ke balai untuk siasatan.
Syah menggunakan semua kemahiran nya untuk merentas laman sesawang dan akaun facebook milik SATHI THE DON.
"Inspektor sani. Kau datang rumah aku sekarang. CODE RED!!
" Syah menelefon inspektor sani dengan tergesa-gesa.
Seketika itu dirumah marvin , joe mengambil keputusan mempersiapkan segala senjata yang ada dan tekad untuk pergi ke negara PIRATES untuk mencari SATHI THE DON bagi menyelesaikan kemelut ini.
"Hello AZHAR, aku ni marvin . aku tak boleh cakap lama ni, nanti joe dengar perbualan kita ,Aku rasa joe dah mengamuk ni . Joe nak ke PIRATES nak cari sathi!."
Marvin terus menelefon dan memberitahu Azhar setelah tidak dapat untuk menghentikan JOE OF THE RIMAW itu.
"Haa ape!!!! ."
Terkejut Azhar setelah mendapat panggilan itu dan rancangan beliau dengan ayah mungkin mengeruhkan lagi keadaan jika diketahui oleh joe.
Bersambung...
Ikuti chapter selanjutnya di syedapuc.blogspot.com
Bila nk update next chapter... .best pulak
ReplyDeleteX sabar pula nak baca sampai habis
ReplyDelete