GOODBYE MR.COOL - FINAL CHAPTER

              EPILOG RINDU


"Apa?? .. kurang hajar! Aku datang sekarang !".- mica dengan perasaan yang amat terkejut setelah mendapat panggilan daripada abang vat.

Pada malam itu, mica bergegas menuju ke night club 302 itu dengan pelbagai perkara yang bermain di fikiran nya. Emosi marah , sedih semua bercampur baur . Tiada yang mungkin dapat menghalang amukan seorang Ayah Gondrong pada malam kejadian. 

"Siapa punya angkara yang melakukan semua ini !!". - Tengking mica dengan sebilah pedang samurai menerjah masuk kedalam night club yang masih ada lagi beberapa orang saksi menyaksikan kejadian tersebut. 

"Ayah G...Shah.... Shahril.." - Tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki mencelah menjawab pertanyaan mica itu.

"Kringg..kringg"

Belum sempat mica menanyakan hal itu , satu panggilan daripada nombor yang tidak diketahui.

" Ayah G.. Ayah G.. Wadap wadap wazgud!".

"Kau siapa !! Mana janggut dan Iera !!". - balas mica dengan amat marah sekali.

"Aku shahril ... Kalau kau nak janggut dan Iera selamat . Kau datang di tempat kilang terbiar kawasan paleto bay sekarang!". - arah shahril. 

TIGA MINGGU SEBELUMNYA ...

"Awak .. kenapa ramai-ramai gadis kat Los santos ni awak boleh jatuh hati kat saya?, Banyak lagi yang cantik-cantik kan". - Tanya Iera kepada sarthi di sebuah kedai jam tangan pada hari sarthi meluahkan rasa cinta nya terhadap Iera yang telah sekian lama dipendam.
"Cinta itu buta awak , dan cantik itu hanyalah di pandangan mata sahaja . Bukan itu yang saya cari. Keperibadian awak yang membuatkan saya terpikat dengan awak". - Balas sarthi sambil mengenakan seutas jam tangan kepada Iera yang dibelinya sebagai hadiah perkenalan mereka. 

Maka bermulalah babak percintaan mereka yang begitu romantis sekali . Sarthi memperlakukan Iera dengan begitu ikhlas dan sangat menghormati Iera sebagai wanita. Hal itulah yang menyebabkan Iera yakin dengan keihklasan cinta sarthi terhadapnya.

"Kodez , cuba kau tengok mamat ni . Bukan ke polis eh?". - tanya Bunny kepada kodez setelah melihat Sarthi turun membukakan pintu untuk Iera di perkarangan rumah mereka. 

"Polis ni lah yang tangkap aku berjudi kat nightclub malam tu.. ah, memang dia lah. Kenapa Iera dengan dia??". - balas kodez dengan penuh curiga terhadap Sarthi sebagai kenalan baru Iera dalam keluarga mereka. 

Maka bermulalah penyiasatan Kodez dan bunny terhadap perhubungan Iera itu kerana kesangsian mereka terhadap Sarthi yang mungkin akan menggunakan Iera atau mungkin akan menjadikan Iera sebagai alat untuk Sarthi mendapatkan maklumat tentang kegiatan family 302.

Perhubungan Iera dengan sarthi itu membuatkan ramai di kalangan family 302 tidak senang dengan mereka dan mendapat tentangan yang kuat oleh family 302 . Selama ini , Iera hanya memendam perasaan pilu itu kepada sarthi kerana tidak ingin sarthi tersalah anggap terhadap tanggapan family 302 itu terhadapnya. Hanya air mata sahaja yang dijadikan peneman untuk Iera berkongsi kedukaan disaat terkenangkan tentangan dan ketidak selesaan family beliau terhadap perhubungannya.

"Iera , dah berapa lama dah kau berkawan dengan polis tu?". - Tanya kodez kepada iera yang belum sempat menjamah sarapan pada pagi itu.

"Kenapa Abang kodez tanya macam tu?". - Jawab iera dengan amat pilu baginya seakan sudah tahu jawapan apa yang akan dilemparkan oleh kodez .

"Iera , Abang malas nak cakap banyak , kau dah besar . Kau dah boleh fikir apa yang baik dan sebaliknya. Berhati-hati dalam berhubungan jangan biarkan musuh berada di dalam selimut kita".- balas kodez yang amat mendalam maksudnya sudah cukup untuk iera memahami situasi sebenar tanggapan family 302 itu terhadap perhubungannya. 
 
Belum sempat lagi Iera menghabiskan sarapannya itu , iera terus bergegas masuk kedalam biliknya dan mengunci semua pintu dan tingkap supaya dia boleh menangis sekuat hatinya. 
"Kenapa Aku diuji perkara sebegini?"
"Tidak layakkah untuk aku mengecapi secebis nikmat bahagia!". - Teriakan iera sambil menatap gambar sarthi di telefon bimbitnya seolah-olah keluarganya tidak mahu untuk melihat dia gembira dengan pilihannya itu. Antara keluarga dan cinta , masing-masing Iera sangat memerlukan kerana iera mengenal erti berKeluarga daripada keluarga inilah ketika Ayah G mengambilnya di Rumah Anak-anak yatim dahulu.

"Hello Awak , jom keluar makan. Pukul 1 tengah hari nanti saya datang jemput awak". - Panggilan daripada sarthi yang cukup untuk membuatkan iera tenang seketika. 

Perkarangan rumah 302 didatangi lagi dengan kenderaan sarthi untuk menjemput iera pada tengah hari itu. Bunny dengan rancangannya untuk menjadi penghalang utama perhubungan mereka itu mengambil peluang untuk mengekori kenderaan sarthi tersebut ditemani oleh Pakcik Gondreng. Mereka memerhatikan dari jauh gelagat sarthi dan iera itu sambil mencari jalan untuk membuatkan sarthi berasa tidak selesa dengan keluarga Iera. 

"Berhenti! Berhenti!".-sergahan suara pakcik Gondreng yang menghalang kenderaan sarthi untuk memberhentikan mereka di pertengahan simpang di bandar utama. 

"Kenapa ni?". - balas sarthi dengan penuh cemas.
"Iera , kau masuk dalam kereta cepat! . Kau ni kan .Ai .. Nasib baik kau polis . Kalau tidak aku dah hentak kepala kau ni! . Kau ingat kau polis , kau boleh bawak anak dara orang sesuka hati kau !? - tengking pakcik gondreng dengan nada yang amat marah sekali. 

"Maaf bang , saya tak buat apa-apa pun kat dia!". - jawab sarthi lagi. 
"Buat ke tak buat ke , mulai hari ini aku tak nak tengok muka kau lagi. Lupakan Iera ! Kau ingat aku tak tahu apa rancangan kau hah!". - bunny mencelah dengan keadaan yang amat marah sambil memberi amaran kepada sarthi supaya hubungan mereka setakat itu sahaja. 

PADA MALAM KEJADIAN ...

Iera , mulai hari ni .. pakcik taknak lagi Iera berkawan dengan polis tu. Dia tu polis! Iera tak fikir ke sebab kenapa dia rapat dengan iera!. Kalau Ayah Tahu mesti dia kecewa dengan Iera!". -tegas pakcik gondreng kepada iera kerana risaukan keselamatan iera setelah bunny memberitahu kemungkinan polis itu berkawan rapat dengan iera. 

" Pakcik!! Dia tu ikhlas nak kawan dengan iera ! Kenapa semua macam tak suka tengok Iera bahagia!.Iera benci pakcik!". - Iera membalas lagi dengan nada yang agak tinggi dan terus berlari menuju kebilik dengan airmatanya mengalir laju. 

"Awak ...".
"Iera , kenapa ni. Kenapa menangis ni , ada apa-apa masalah ke ni??". - terkejut sarthi ketika mendapat panggilan daripada iera dengan keadaan menangis pada malam itu. 

"Saya rasa , kita tak boleh nak teruskan lagi hubungan ni. Awak tahu kan keluarga saya macam mana". - kata Iera lagi dengan penuh emosi pada malam tersebut. Ayah Gondrong pernah berkata kepadanya. Musuh kita akan menggunakan bermacam cara demi menghancurkan family 302 nya dan selalu menasihati Iera supaya jangan mudah percayakan orang luar. 

" Apa ?? . Benda ni kenapa tak bagi tahu saya.Walaupun saya polis , salah ke saya mencintai awak?? .Saya perlu berjumpa dengan family awak kalau dah keadaannya macam ni".- jawab sarthi dengan perasaan yang amat sedih serta terkejut dengan apa yang diluahkan oleh iera tadi.

Eh apa ni , apa ni !! . Awak!! Tolong!!!". - Tiba-tiba Sarthi mendengar suara iera yang agak cemas ketika mereka masih lagi bercakap di telefon tentang permasalah hubungan antara mereka itu. 

Pada masa yang sama , Sarthi terus bergegas ke balai untuk mendapatkan apa-apa maklumat ataupun laporan keadaan semasa yang berlaku kerana tingkah laku daripada Iera itu dipercayai mungkin iera berada dalam ancaman ataupun dalam keadaan yang mencemaskan. 

"Anggota !. Balai Ada mendapat apa-apa laporan atau panggilan kecemasan tak dalam tempoh satu jam ini ? ".-tanya sarthi kepada anggota yang bertugas pada malam itu dengan keadaan yang agak kelam kabut. 

"Ada tuan!. Laporan daripada orang awam mengatakan ada kejadian pergaduhan berlaku di kawasan night club milik 302 dan kejadian berbalas tembakan di perkarangan rumah Agam 302 Tuan! ".

Kenyataan laporan daripada anggota itu cukup untuk membuatkan sarthi berasa yakin dengan kejadian itu juga melibatkan Iera. Tanpa membuang masa Sarthi mengerahkan Unit Tindakan Khas Untuk turut serta bersamanya meninjau keadaan nightclub milik 302 dengan harapan dia boleh mendapatkan apa-apa maklumat disitu dengan apa yang berlaku sekarang ini.

"Ayah Gondrong ! Letakkan senjata anda ! Saya tuan Sarthi datang untuk menyelesaikan perkara ini . Dan kami percaya kejadian ini juga ada kaitan dengan geng 302 . Sila beri kerjasama!". - Laungan pembesar suara dari sarthi untuk mica yang kelihatan sedang mengamuk serta dalam keadaan untuk menuju ke suatu tempat. 

"Tuan Sarthi jangan masuk campur ! Ini urusan keluarga saya. Anak saya diculik! Biar saya selesaikan sendiri dengan cara saya! . Polis jangan masuk campur jika tak nak perkara ini berlarutan !". - tegas mica yang berdegil dengan keputusannya itu. 

"Ya saya tahu . Benarkan kami selesaikan perkara ini , kami pasukan yang terlatih. Jika Ayah G mahukan semuanya selamat . Sila kongsikan maklumat penjenayah kepada kami atau kejadian ini akan menjadi lebih teruk lagi . Ataupun mangsa diculik boleh mati!". -tegas Tuan Sarthi lagi kepada mica dengan harapan pihak polis dapat mengamankan kedua-dua belah pihak. 
 
Setelah mendengar komplikasi yang akan berlaku. Mica terus memberikan maklumat dimana Shahril membawa janggut dan Iera. Mica bersama abang vat dan johnweed dalam satu kereta bergegas ke tempat berikut sambil diiringi oleh UNIT TINDAKAN KHAS dan anggota 302 yang lain . 

"Ayah ... Ayah .. iera takut ayah ...! ". - Jerit janggut dan Iera setelah melihat mica melangkah masuk ke kawasan kilang terbiar itu dengan pihak polis mengaburi mereka melalui pintu masuk belakang. 

"Shahril ! apa yang kau nak ! Tergamak kau buat macam ni. Aku tidak pernah bermusuh dengan kau!". - teriakan mica dengan keadaan yang amat marah sekali. 

"HA HA HA , kau bodoh mica ! Kau bodoh !".- tiba-tiba kedengaran suara janggut sambil ikatan tangannya dibuka oleh konco shahril. 

"Jangg.   Janggut !".- teketar- ketar bibir mica jatuh terduduk terkejut dengan kata-kata janggut itu. Seolah-olah semua ini langsung tidak masuk akal baginya.

"Terkejut? . Memang patut kau terkejut ! Lama sudah aku menantikan saat ini . Selama aku berada dalam 302. Apa yang aku dapat !??. Sekarang aku nak empayar 302 ini.  Dan kau boleh pergi mampus !". - ucapan janggut sambil mengeluarkan sepucuk pistol dengan mengacukan tepat ke arah kepala mica. 

"Bang ..bang ..bang ".Awak !!!! ". - Teriakan iera setelah melihat sarthi melonjakkan badannya melindungi mica daripada tembakan janggut dan mengenai tepat di dada dan bahunya. Janggut dan konco-konco shahril dilumpuhkan dengan penembak tepat UNIT TINDAKAN KHAS yang berada diatas berhadapan dengan sasaran. 

"Ayah G . Mulai hari ini barulah saya mengerti apa itu kasih sayang terhadap keluarga. Patutlah 302 amat menghalang perhubungan saya dengan iera". - ucap sarthi dengan keadaan berlumuran darah dalam pelukan mica. 

" Iya !! Aku sanggup buat apa sahaja demi keluarga aku.  Tiada yang dapat menyentuhnya selagi aku ada. Sarthi. Jika benar kau inginkan anakku iera. Aku izinkan . Kau telah menyelamatkan nyawa aku.  Aku dapat lihat keikhlasan cinta kau sampai aku sanggup mengorbankan nyawa kau demi aku!". - balas mica sambil memeluk sekujur tubuh yang berlumuran darah sambil air mata berderaian jatuh membasahi bajunya.  

PADA MALAM KEJADIAN ITU , JANGGUT DAN SHAHRIL SERTA KONCO NYA TELAH DITANGKAP DAN DIDAKWA DIBAWAH AKTA KANUN KESEKSAAN JENAYAH BERAT BUMI DAN MUNGKIN AKAN DIJATUHI HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP ATAS KESALAHAN CUBAAN MEMBUNUH. TUAN SARTHI MATI DITEMPAT KEJADIAN KERANA MENGALAMI PENDARAHAN YANG SERIUS.
MICA TERUS MENJADI PEMIMPIN EMPAYAR 302 DENGAN MELARANG SEMUA AHLINYA MELAKUKAN KEGIATAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG DAN DISOKONG KUAT OLEH YAYASAN 69 YANG MASIH BELUM DAPAT DIRUNGKAI KEGIATANNYA SEHINGGA KE HARI INI. 

*TINGGALKAN ULASAN ATAU PENDAPAT ANDA SUPAYA KAMI BOLEH MENAMBAH BAIK LAGI UNTUK KANDUNGAN YANG SETERUSNYA . SEMOGA TERHIBUR

*NANTIKAN NASKAH YANG AKAN DATANG - CORETAN HIDUP LEMAN LINGGI "DISANJUNG DENGAN KUASA, DICEMUH TIADA APA. NEW COLLABORATION WITH  Usoppu xD DENGAN KESINAMBUNGAN WATAK SERTA PLOT PENCERITAAN DIMAINKAN SECARA LIVE STREAMING DI PLATFORM FACEBOOK GAMING. 



Comments

Popular Posts