GOODBYE MR.COOL !
JUST CALL ME "MICA".
Nama aku Mica dan kisah aku bermula disini ...
"kringg kringg kringg" - bunyi jam loceng mica menandakan tepat jam 7:30 pagi. Seperti biasa mica terus bangkit dari tempat tidurnya untuk bersiap-siap menuju ke tempat kerja baharunya yang beroperasi di paleto bay.
Ini lah kehidupan yang perlu beliau jalani setelah mengambil keputusan untuk meninggalkan Empayar beliau "302".Kini beliau lebih selesa dipanggil 'mica' berbanding "Ayah Gondrong" kerana beliau telah tekad untuk bersara daripada dunia gengsterism.
"Ayah G , awal hari ni".Ujar Dusun kepadanya. Sapaan pertama untuk mica sebagai orang biasa.
"Panggil aku Mica je, biasa lah cari rezeki kan orang bilang. Kamu macam rushing je ni ,mau kemana?".Tanya mica kepada Dusun yang agak kelam kabut bersama van ambulansnya.
"Mau ke bukit Akina ,ada orang kemalangan,aku kan driver ambulans yang paling berdedikasi di Los Santos ni".Jawab dusun yang juga berada di stesen petrol yang sama untuk mengisi petrol van ambulans nya itu.
Bermula lah kisah Mica yang dahulu nya dikenali sebagai "AYAH GONDRONG" seorang ketua gengster yang sangat berpengaruh di negara 'PHASEIII' memulakan kehidupan baru nya dengan membuka sebuah syarikat perkhidmatan pengangkutan iaitu "CiumMulutEXPRESS". Syarikat beliau hanya memiliki sebuah bas sahaja dan juga dipandu oleh beliau sendiri. Bila ditanya, jawabnya itu adalah jalan terbaik untuk dia perlahan-lahan memberitahu kepada semua yang beliau sudah pun cuci tangan serta lebih fokus untuk menjalani kehidupan baru nya itu.
SEBULAN YANG LEPAS ...
"Janggut , panggil semua family302 ! berkumpul dimarkas malam ni. Ayah rasa sudah tiba masanya untuk ayah menyuarakan perkara ini ". ucap mica
"Ayah lain macam saja ni, tak pernah ayah serius macam ni". -jawab janggut dengan nada yang agak risau.
Malam yang mendebarkan semua family302 telah pun tiba, pada malam itu bumi Los Santos seakan turut bersedih dengan hujan yang agak lebat serta dentuman-dentuman kecil guruh turut mengiringi pada perhimpunan tertutup di markas tersebut.
"Anak-anak ayah semua .Bermula pada malam ini, Ayah harap kamu semua boleh menjaga diri dengan sebaiknya dan membuat apa-apa keputusan di tangan kamu sendiri . Ingatlah, apa yang kita lakukan seharusnya kita berfikir sebaiknya dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan. Lindungi lah keluarga ini seperti kita melindungi diri kita sendiri. Ayah tidak akan lagi memimpin kumpulan ini,harap anak-anak ayah semua hormati keputusan ayah. Dengan ini, Ayah secara rasminya melantik TIGA orang harapan ayah ,iaitu Janggut, Pakcik Gondreng dan kodez untuk memimpin kumpulan ini demi meneruskan legasi 302 ." - begitulah ucapan terakhir mica untuk family302 disaksikan oleh sejumlah pengikut kumpulannya yang turut hadir pada malam itu.
"Ayah ! , kenapa ayah buat macam ni , sampai hati ayah ! ayah dah tak sayang Iera ke ?!". Teriakan Iera sambil berlari mendakap mica dengan linangan air mata yang tidak lagi mampu baginya untuk menerima kenyataan pada malam itu. Mana tidaknya , mica sudah pun dianggap seperti ayah kandungnya sendiri . Mica juga lah yang mengambilnya di rumah anak yatim dan membesarkan Iera ketika Iera berusia 10tahun lagi .
"Iera , Ayah buat semua ni sebab ayah sayangkan Iera dan seluruh family302 ini . Pakcik ,janggut ,kodez kan ada ,diorang boleh memimpin family ni dengan lebih baik lagi .Ayah bukannya mahu tinggal kan kamu, cuma ayah akan memantau dari jauh sahaja".
Pujuk mica sambil mengusap kepala anak yang paling manja nya itu.
Bermula pada malam itu , Ayah Gondrong hanyalah tinggal lagenda . Khabar-khabar angin beliau meninggalkan 302 sedang menjadi topik hangat perbualan penduduk Los Santos . Akan tetapi , berita persaraan nya itu mungkin menjadi satu kelebihan oleh beberapa kumpulan yang pernah iri hati terhadap Empayar302 beliau. Oleh kerana Hampir kesemua tempat tumpuan di Los Santos dibawah wilayah kekuasaan nya, pantas juga kalau ada kumpulan yang ingin merampas tempat tersebut.
"Hello men , ni abang Vat. Dimana kau sekarang ?, aku mahu jumpa secara peribadi". - tegas abang vat69 melalui panggilan telefonnya kepada mica setelah mendengar berita tentang persaraan mica.
Vat69 , atau lebih dikenali sebagai abang vat merupakan kawan baik mica sejak dibangku sekolah lagi. Abang vat juga salah seorang pengasas geng "VAT69" iaitu antara kumpulan yang agak profesional dalam melakukan jenayah terancang. Tetapi kegiatan geng nya itu berselindung dibawah nama "Badan Kebajikan bukan kerajaan" dengan membantu golongan fakir miskin dan rumah anak yatim. Sisi gelap geng itu lebih terselindung lagi apabila Abang Vat menubuhkan "Yayasan 69" Iaitu menjemput semua badan-badan amal kebajikan untuk bekerjasama dibawah pimpinan beliau . Antara kegiatan kumpulan itu adalah rompakan bank berskala besar , pemalsuan wang dan penggubahan wang haram.
"Jumpa aku di markas lama 302". Menjawab panggilan daripada abang vat itu yang dikatakan agak peribadi.
" apa cerita sebenarnya men, Apa yang kau cuba sampaikan ?". - pertanyaan abang vat yang tidak berhenti menyoal mica bagi mendapatkan penjelasan sebenar tindakan mica itu.
" Tidak ada apa-apa pun. Cuma aku ingin menjadi orang biasa . Aku ada alasan aku sendiri ". Jawab mica dengan pantas cukup untuk membuatkan abang vat terpaku seketika.
" Dalam hidup ini, akan ada masanya kita memerlukan sedikit ruang untuk kita sendiri". Balas mica lagi.
Jawapan mica itu cukup untuk membuatkan abang vat benar memahami apa yang mica inginkan.
" Tapi apa perancangan kau lepas ni? Tanya abang vat.
"Aku rasa mau beli bas sebiji . aku akan buat pengangkutan ke. apa-apa lah janji santai. Tidak lah boring sangat." - jawab mica lagi.
"Aku menghormati keputusan kau. Itu hak kau. Tapi jika kau memerlukan apa-apa , kau datang lah cari aku. Welcome to new life sebagai seorang yang "cool". Ucapan terakhir abang vat sebelum mereka bersurai.
***
Selamat pagi tuan! "
"Selamat pagi semua , saya memanggil semua anggota meeting hari ni kerana ada maklumat terbaru tentang sindiket pemalsuan wang. Interpol juga telah menyiasat beberapa suspek dan ia jelas sama sekali tidak berhubung kait dengan sindiket tersebut ". Tegas Tuan Sarthi .
Tuan Sarthi , Ketua Polis Di daerah tersebut. Seorang pemuda berusia 30-an yang sangat berintegriti dan sangat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya. Patut sahaja lah muda-muda lagi telah dapat naik ketua polis daerah.
Tuan Sarthi berkenalan rapat dengan gadis bernama Iera iaitu anak angkat kepada Ayah Gondrong.
"Aduh.. punya lah ramai orang kat Los santos ni, kenapa lah kau jugak yang jadi anak angkat AyahGondrong kepala gengster tu" . Rungut kecil Sarthi sambil menuju ke rumah iera untuk menjemputnya keluar makan tengah hari bersama.
"Hai awak , sori lambat ... Dah lama ke sampai?" .Tanya iera kepada sarthi
"Eh , mana ada , setengah jam mana ada lama".Jawab sarthi dengan senyuman yang sinis
"Jom saya bawak awak makan kat tempat yang special hari ni."
"Kodez , kau nasihatkan sikit si Iera tu, aku tengok dia macam dah gila bayang dengan polis tu".- kata bunny kepada kodez setelah terlihat iera dan sarthi sedang keluar dari perkarangan rumah mereka.
Bunny memang membantah sekeras-kerasnya perhubungan Iera dengan sarthi itu. Pada pemikiran dia , sarthi hanya akan menggunakan iera semata-mata untuk mendapatkan maklumat tentang kegiatan yang berlaku dalam family 302.
"Biar lah dia bunny , yang kau dengki sangat dengan kakak kau ni kenapa?". -jawab kodez.
"Kau tak fikir ke? Punya lah ramai awek kat Los santos ni , kenapa dia suka iera? Dia tu polis. Sarthi tu memang nk gunakan iera untuk siasat family kita ni. Kau tak boleh fikir ke?".balas bunny lagi dengan harapan kodez dapat menasihati iera. Kerana Iera hanya akan patuh apabila kodez menasihati atau memberitahu apa-apa selain daripada Ayah Gondrong.
Ketidak selesaan bunny dengan hubungan mereka itu tidak berhenti disitu sahaja. Bunny teruskan lagi dengan memberitahu Janggut dan Pakcik Gondreng .
"Bunny, nanti pakcik akan nasihat iera. Ada betul nya juga apa yang kau cakap itu". Jawab pakcik gondreng iaitu salah seorang abang pembimbing 302 ketika itu.
"Woi , kau ketepi la sikit , berhenti la bawak bas!!".
Sergahan dari seorang pemuda kerana bengang dengan kesesakan lalu lintas pada hati itu.
"Sabar... Sabar.. sekali lagi dia sound , memang pecah kepala budak ni". Suara kecil dari hatinya dengan memaksa diri untuk bersabar pada ketika itu.
"Maaf bang , saya pun tengah jem jugak ni. Abang tak boleh sabar ke? ". -balas mica kepada pemuda itu.
Hari-hari yang mica tempuh tidak sama dengan apa yang beliau rancangkan . Terlalu banyak provokasi dari dunia sebenar untuk menjadi seorang yang cool terhadap dirinya yang dikenali dengan panas baran.
"Iera , baru balik? Mari duduk dekat pakcik kejap." - kata pakcik gondreng yang menunggu keluar dengan sarthi tengah hari tadi.
"Ye pakcik , kenapa muka masam je ni?". Balas iera.
"Iera , mulai hari ni .. pakcik taknak lagi Iera berkawan dengan polis tu. Dia tu polis! Iera tak fikir ke sebab kenapa dia rapat dengan iera!. Kalau Ayah Tahu mesti dia kecewa dengan Iera!". -tegas pakcik gondreng kepada iera kerana risaukan keselamatan iera setelah bunny memberitahu kemungkinan polis itu berkawan rapat dengan iera.
" Pakcik!! Dia tu ikhlas nak kawan dengan iera ! Kenapa semua macam tak suka tengok Iera bahagia!.Iera benci pakcik!". - Iera membalas lagi dengan nada yang agak tinggi dan terus berlari menuju kebilik dengan airmatanya mengalir laju.
"Awak ...".
"Iera , kenapa ni. Kenapa menangis ni , ada apa-apa masalah ke ni??". - terkejut sarthi ketika mendapat panggilan daripada iera dengan keadaan menangis pada malam itu.
"Saya rasa , kita tak boleh nak teruskan lagi hubungan ni. Awak tahu kan keluarga saya macam mana". - kata Iera lagi dengan penuh emosi pada malam tersebut. Ayah Gondrong pernah berkata kepadanya. Musuh kita akan menggunakan bermacam cara demi menghancurkan family 302 nya dan selalu menasihati Iera supaya jangan mudah percayakan orang luar.
" Apa ?? . Benda ni kenapa tak bagi tahu saya.Walaupun saya polis , salah ke saya mencintai awak?? .Saya perlu berjumpa dengan family awak kalau dah keadaannya macam ni".- jawab sarthi dengan perasaan yang amat sedih serta terkejut dengan apa yang diluahkan oleh iera tadi.
Pada malam yang sama , ketika Janggut sedang berhibur di sebuah kelab malam milik 302 bersama dengan JohnWeed. Tiba-tiba, datang sekumpulan dengan bersenjatakan api menyerbu kelab malam itu untuk mendapatkan janggut. Dan janggut juga telah diculik pada malam itu dan membawanya ke sebuah kilang yang terbiar .
"Jadi kau lah ketua 302 sekarang?". Kata pemuda itu kepada janggut sambil membuka penutup muka yang dikenakan kepada janggut.
"Kau siapa hah?Apa kau nak!! Berani kau sentuh aku!". -Balas janggut dengan keadaan yang amat marah sambil tangannya diikat pada tiang.
"Nama aku Shahril! Aku nk kawasan kelab malam itu menjadi kawasan aku ! ".
"Pergi mampus ! "- jawab janggut.
"Pukul dia sampai dia betul-betul menyesal! ". Kerah shahril kepada anggota gengnya supaya memukul dan menyiksa janggut sampai janggut menyerahkan kawasan yang di mintanya tadi.
" Abang vat ! Abang vat! Abang vat! , Tolong kami... Janggut diculik !!". - Terdengar suara pekikan Johnweed yang berhasil lari dari penyerbuan geng shahril tadi dan berlari menuju ke rumah abang vat.
" Kenapa kau ni john!?". -Tanya abang Vat.
"Janggut..janggut kena culik!".
"Apa??, Dimana mereka sekarang , perbuatan geng mana ni?! - terkejut abang vat setelah mendengar apa yang john cuba bagithunya.
"Ooo . Betul keras kepala kau ya janggut! Kau tengok siapa yang sampai sekejap lagi. Mesti kau menyesal !!"- Shahril memberi ugutan kepada janggut supaya janggut menyerahkan kawasan tersebut.
Pada masa yang sama , ahli kumpulan shahril yang lain telah pergi ke rumah 302 untuk menculik iera. Kejadian berbalas tembakan di perkarangan rumah 302 itu telah mengorbankan Pakcik Gondreng dan 3 orang Ahli 302 yang turut berada di rumah 302 pada malam itu.
"Eh apa ni , apa ni !! . Awak!! Tolong!!!". - Tiba-tiba Sarthi mendengar suara iera yang agak cemas ketika mereka masih lagi bercakap di telefon tentang permasalah hubungan antara mereka itu.
Iera telah berjaya di culik dan dibawa ketempat yang sama. Keadaan diluar sana cukup mengeruhkan pada malam itu.
Seketika itu , Abang vat bersama Johnweed telah pergi kerumah 302 untuk mendapatkan ahli yang lain. Terkejut abang vat dengan melihat Pakcik Gondreng dan Ahli yang lain telah tewas ditembak dan percaya Iera telah dibawa pergi oleh kumpulan tadi.
"Hello mica ! iera dan janggut kena culik. 2 3 orang budak kau juga mati ! . Ini aku abang vat !kita jumpa di nightclub 302!".
BERSAMBUNG...
NANTIKAN SEQUEL NASKAH "GOODBYE MR.COOL" HANYA DI SYEDAPUC.BLOGSPOT.COM
Mantap la abangku si amai
ReplyDelete